Ehemm Assalamualaikum......
Alhamdulillah hasrat cita-cita angan-angan harapan nak pergi ke tempat yang aku suka, teringin 
tercapai juga.
Seronoknya dapat jadi tetamu Allah yang sangat beruntung.
Aku tahu Allah sayang Allah cinta aku
Tapi aku buta untuk mencari cinta Allah itu Astaghfirullah
Allah sangat cinta akan umatnya buktinya Allah turunkan rezeki yang teramat luas kepada hamba yang sentiasa mengingatinya
Baru aku sedar baru aku bangun dari zaman kejahilan ku.
Allah dengar doaku setiap malam Allah bagi cash.
Umrah yang aku impikan akhirnya aku dapat laksanakan tunaikan.
SubhanaAllah aku tak tahu bagaimana nak ungkap perasaan dengan kata kata
Betapa seronoknya. Aku fikir aku lah hamba yang paling bahagia dengan menjejakkan kaki sana.
Bahagia sangat yaAllah terima kasih Alhamdulillah.
Tempat mu dia sana sangat mulia sangat indah...
Betapa aku terlalu rindu Madinah Al-Munawarah betapa aku sedih nak tinggalkan Makkah Al-Mukaramah mu. Allah :(
Jemputlah aku sekali lagi menunaikan umrah jemputlah aku berjumpa dengan kekasih ku iaitu engkau Allah Maha Besar.
Banyak dosaku. Banyak yaAllah. 
Kau perkenankan doaku disana berilah aku keputusan yang sangat cemerlang dalam SPM, kurniakan lah aku jodoh yang soleh, berilah aku kebahagiaan, turunkan lah rezekimu, masuklah aku ke dalam syurga mu.
Allahhuakbar.
Aku hamba yang lemah bimbinglah daku ke jalan benar benarkan lah aku tergolong dalam golongan yang beriman amin ya rabb :)